Rabu, 2009 Julai 15

Galaktika: Azamaris Muncul Kembali

ovel terbaru Oshun Muhammad sudah muncul. Dapatkannya dari kedai-kedai buku di seluruh tanah air.

Tajuk: GALAKTIKA: AZAMARIS MUNCUL KEMBALI
Penulis: OSHUN MUHAMMAD
Genre: SCI-FI/REMAJA
Terbitan: BUKU PRIMA SDN BHD

Blurb di belakang buku:


"Semua kekayaan Seris disimpan oleh maharaja. Rakyat hidup tertindas semenjak rampasan kuasa." - Mahas Tura.

"Tolong sikit! Azamaris pengecut! Aku adalah Puteri Lindungan Zaron yang akan membela nasib rakyat Seris!" - Amaria Fazleena (nama Ayong ni... huhu)

"Lohong hitam?" - Amsulis Alkurki

"Oleh kerana tak ada cara lain lagi, saya akan membuka pintu terowong cahaya dan membawa mereka ke sini." - Rukh Han.

"Tak jumpa? Bagaimana kamu tak menjumpai mereka sedangkan mereka berada di sini?" - Maharaja Kufran Opresa.

Sabtu, 2009 April 25

Review untuk Merajuk dan Pak Mat Kengkang Oleh Rinn

Kata Rinn:
Rasanya kali kedua saya beli citer kompilasi, selain Buatmu Kekasih karya Aisya Sofea. Sebab utama saya beli buku ni tentula nama Bikash Nur Idris yang tertera di cover buku ini. Siap order lagi dgn pakcik kedai buku kat Puduraya. hehe. Dapat jer buku ni saya terus selak ke muka surat 211 utk membaca NOPEN karangan Bikash Nur Idris yg bertajuk "Aku Cinta Padamu". Memang dah lama rindu dgn karya baru Bikash. Bikash never fail to create a jiwang mode between the main characters. Adam menggunakan pendekatan yang sama dgn Akif Zamani (dlm Kau Sayangku) untuk memerangkap Jan agar meluahkan perasaannya.

Adam: "Mmm... isteri Adam tak boleh kerja tau."
Jan: "Tapi Jan nak ker..."

Serba sedikit kisah "Aku Cinta Padamu" Jan dan Adam sudah lama bersahabat dan mereka kekal sbg sahabat pena (jan di KL Adam di Penang) walaupun sudah 11 tahun berlalu. Jan sudah lama cintakan Adam tetapi setelah Adam memperkenalkannya kepada Izani yang cantik jelita, Jan kecewa dan tidak menggantungkan harapan kepada Adam tambah2 Izani pernah warning dia yang Izani adalah kekasih kawan baiknya. Izani menganggap Jan tidak padan dgn Adam. Warkah terbaru dari Adam mengajaknya keluar bersama, Jan siap angkut dua lagi rakan serumahnya sbg teman. Izani mulanya seperti memarahi Adam tetapi kemudian mcm menggalakkan Adam mendekati Jan pulak, tambah2 masa tu Ash tengah mengayat Jan yg dah serba salah. Adam akhirnya dtg kpd Jan dgn cinta dan Jan takkan mengelak. *sengih*

SEbenarnya lepas baca "Aku Cinta Padamu" saya terus tutup buku tu dan sambung pembacaan buku yg sedang saya baca, sehinggalah minggu lepas saya berkursus 4 hari di KL dan saya travel daily dgn ERL dan teksi. saya jadikan buku ini teman perjalanan saya dan berjaya menghabiskannya.

Tajuk "Biarlah Ku Sendiri" itu diambil dari NOPEN karangan Mimie Afinie yang mengisahkan Suria yang sering gagal bercinta. PErtunangannya sentiasa putus di tengha jalan apabila dia membuka kisah sejarah hitam hidupnya kpd lelaki yang berkenan memperisterikannya. Semua yang berlalu pergi kecuali Nasri, tapi ada takdir yang lebih besar yang menyelubungi Nasri.

NOPEN kedua bertajuk Merajuk. Tajuknya macam biasa saja tapi saya rasa teknik penceritaan Oshun Muhamad agak menarik. Nurin menyingkap rahsia keluarganya kpd suami tercinta melalui helaian2 album yang diselaknya. Description gambar yg dilihat diselang seli dengan flashback Nurin mengenai kisah hidup silamnya yg penuh kesedihan disiksa keluarga sendiri semata-mata kerana harta.

NOPEN ketiga bertajuk Cinta Terakhir by Izza Aripin. Cinta yang berbunga mekar di zaman persekolahan, tetapi akibat fitnah dan perangkap Shah Firdaus dan Kay Azlinda saling membenci. 10 tahun kemudian kebenaran terbongkar membuatkan Shah Firdaus mencari kay Azlinda dan mahu menyambung kasih. Kay Azlinda menyesal kerana Shah Firdaus tidak percaya kpdnya dan perlu membuktikan yg dia bersungguh sungguh dgn mencabar Shah Firdaus mencarinya di bandar Tokyo (ni bandar padat dgn penduduk nih). Shah Firdaus merasakan harapan makin berbunga.


NOPEN keempat bertajuk Pelangi Senja by Dewi Sukma (adik beradik Putera Sukma ke? Penulis jugak tu). Rin bertemu semula dgn anak majikan ibu bapanya di menara gading. Dia tidak berani menyimpan perasaan kpd Farhan krn sikap ibu Farhan yg mementingkan darjat. Farhan meluahkan rasa suka kpd rakan sebilik Rin, Nurul Azwa yg dipanggil kak long. tapi kaklong sudh berpunya dan kemudian menderita penyakit kanser. Kaklong meninggalkan sebuah diari yg mengandungi wasiat utk Farhan & Rin. dia seperti dpt membaca perasaan Rin. 10 tahun berlalu Rin bertindak tidak mempedulikan wasiat itu namun Farhan pula seperti mahu menunaikan wasiat itu walaupun Rin sudah bertunang dgn sepupunya atas aturan keluarga. Namun tunangannya curang dan pertunangan terputus, Rin terkedu apabila ibu Farhan yang sudah insaf mahu menerima Rin sbg menantu demi memenuhi wasiat kak long.

NOPEN kelima 'Aku Cinta Padamu' by Bikash nur idris. kat atas dah citer so kiter terus ke NOPEN keenam, Pak mat Kengkang by Oshun Muhammad. Surprisingly NOPEN keenam ini yang paaaaaaling aku suka. Oshun Muhammad managed to make me laugh out loud masa dalam ERL sampai semua kepala terjengah keluar mencari 'bunyi apa tu?' haha.. yg gelak kuat tu part pak mat kengkang 'bertahan' kat atas pokok dengan kain pelekat yang kian melurut ke bawah sedangkan masa tu ada sekor babi hutan moody kat bawah pokok dok menunggu nak menyondolnya. Oshun Muhammad juga berjaya membuatkan saya menitiskan air mata masa membaca NOPEN yang penuh pengajaran dan peringatan ini. Pak Mat Kengkang yang gemar menggunakan soalan "Ada duit tak?" sering menimbulkan salah faham org yang baru mengenali dirinya tetapi bagi Hamdan Pak Mat Kengkang membuka pintu rezekinya. Kebaikannya kpd Pak Mat Kengkang menimbulkan salah faham anak dan isterinya. Hamdan perlu membuka mata mereka utk mengerti mulianya kedudukan Pak mat Kengkang dlm keluarga mereka.

NOPEN terakhir, ketujuh, 'Sebuah Kepalsuan' by Tanne Hadihaz. Ain yg sebatang kara tiba2 mengetahui dia mempunyai ibu saudara, Pn Nora. Dia terharu dgn kebaikan Pn. Nora yg membawa nya ke bandar dan membenarkan dia menyambung pelajaran. mula2nya kehadiran Ain tidak menyenangkan hati Aidyn. Aidyn cuba mengawal hatinya dari jatuh cinta pada Ain kerana tidak mahu rancangan tersembunyi ibunya berjaya, namun kasihnya jatuh juga buat Ain. Perbualan antara Pn Nora dan Aidyn berkaitan harta datuknya yang diwasiatkan kepada Ain membuatkan Ain terkejut, kecewa dan rasa tertipu. Pn. Nora mahu dia dan Aidyn berkahwin supaya harta itu dpt mereka bolot dan singkirkan Ain. Ain melarikan diri ke rumah rakannya, Mimah di kampung halamannya. Aidyn sanggup meninggalkan harta kekayaannya demi mendapatkan cinta Ain dan sanggup tinggal spt orang kampung yang lain di rumah buruk Ain. Pn Nora kesal dgn sikapnya dan pergi memujuk Aidyn, dia mahu membawa pulang Aidyn dan Ain.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:
Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah dalam buku ini tidak terlalu panjang namun padat dgn plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.

Biarlah Ku Sendiri (berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dgn ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapalterbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.
Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!
RM16.00
315 mukasurat.

replyardinihumaira wrote on Apr 5, '08
buku ni buku fist yang dini beli from karnadya solution. best... sebab banyak penulis dalam ni. besides, ianya membuatkan kita rasa fun pasal banyak jalan cerita yang kita dapat baca dengan berlainan cara dan genre. suka cerita pat mat kengkang tu. lucu bangat!!! hahaha... tapi kalau cerita tu jadi novel... how come? rasanya susah sikit kan nak leretkan cerita macam tu. tapi cerita macam tu belum komersial lagi kat pasaran. sebab majority sukakan genre romance gitukan? so... pe kata penulis2 sekalian cuba terbitkan cerita lucu dan penuh nasihat serta pengajaran macam tu pula. rasanya... boleh dijadikan sebagai bahan bacaan untuk kajian budak2 sekolah sama. kalau novel2 cinta ni kadang2 bawa kat sekolah siap kena rampas lagi tu.... so, pekata terbitka buku yang kalau spot check tak kena rampas :)... (saya dah lama pencen sekolah tapi rasanya nak sekolah balik kot hahahaha)

replynovelcinta wrote on Jul 17, '08
citer pak mat kengkang tu memang lawak giler la.. masa kuar nopen "Satu Penantian" dok jengah jugak kot2 ada lagi citer pendek by oshun :) tapi tak der, tak per.. tunggu oshun kuarkan novel pulak.. haha.. memang tak sangka akan suka 'pak mat kengkang' di akhir cerita. Dini, akak gelak macam org tak betul masa part pak mat lari panjat pokok masa kena ligan ngan vavi tu. huhu peh tu kain pelekat dia nak terlodeh masa dok tergantung kat dahan pokok, dia terpaksa buka kaki luas2 utk elak kain pelekat dia melorot ke tanah. haha.. lawak lawak.

Selasa, 2008 Januari 22

Dunia Buku: Kisah empat sahabat

NINJA Kunaharo: Misteri Wira Malam karya Oshun Muhammad berkisar kepada kisah empat sahabat di Kampung Langkap yang mengagumi kehebatan kumpulan terbabit kerana menyelamatkan penduduk daripada penganiayaan penjenayah.Hafiz, pelajar Tahun Enam Sek Keb Seri Langkap sering menjadi mangsa buli Moid, Enal, Daman dan Usop Udit, tetapi mendapat simpati daripada May dan Riana yang kebetulan berjiran dengannya.Keadaan itu menyebabkan Hafiz ingin mengenali Ninja Kunaharo dengan harapan dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri bagi mengelakkan dirinya daripada terus menjadi mangsa buli.Wak Jarien sering bercerita mengenai Ninja Kunaharo, marah pada suatu hari apabila penduduk Kampung Langkap menuduh anaknya, Encik Shamsuri anggota kumpulan terbabit kerana kebetulan baru balik dari negara matahari terbit.Farid anak saudara Encik Shamsuri pula sering bercerita kepada Hafiz, Udit dan May yang sudah mendapat kawan baru, Riana, anak kacukan Melayu Jerman yang kembali ke kampung itu bersama ibunya, Puan Siti Naimah, selepas bercerai dengan Groffe.Empat bersahabat itu akhirnya memujuk Farid untuk membawa mereka ke tempat latihan Encik Shamsuri, tetapi tertangkap ketika mengendap, kemudian dilepaskan selepas berjanji untuk tidak mendedahkan identiti Ninja Kunaharo.Campur tangan wartawan akhbar Berita Benar, Fadhilah dan jurugambar, Ismail, yang cuba membongkar identiti Ninja Kunaharo dengan menawarkan habuan RM10,000 menimbulkan kemarahan penduduk kampung manakala kumpulan itu menyepikan diri.Identiti Riana sebagai anak jutawan terbongkar dan berkesudahan mereka berempat ditangkap penjahat ketika berusaha menolong Azrah yang iri hati dengan kecantikan gadis kacukan itu.Apakah yang terjadi kepada mereka dan siapakah sebenarnya Cikgu Shamsuri, Cikgu Azizi, Cikgu Vijay serta Cikgu Rosli akan diketahui dengan membaca novel remaja setebal 163 halaman terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd berharga RM11.90 senaskhah.

Sabtu, 2008 Januari 05

Ulasan NK:Misteri Kelubung Putih dalam Berita Harian

Buku: Membongkar rahsia

NINJA Kunaharo: Misteri Kelubung Putih karya Oshun Muhammad mengisahkan misteri wanita berkelubung putih di Chenderong Balai dan penyiasatan identiti sebenar empat ninja yang cuba dibongkar oleh Hafiz dan rakannya serta wartawan Berita Benar.Novel remaja terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd setebal 157 halaman berharga RM10.90 senaskhah ini membawa pembaca mendekati konflik Hafiz terhadap bapanya yang sering dilihat memakai pakaian serba hitam dan jelmaan lelaki tua berjanggut putih panjang bersama kucing hitam. Bintang: ***

Jumaat, 2007 Oktober 26

Mushi... Mushi... Nama Watak Dalam Novel Ninja Kunaharo

Pertama sekali, mestilah Oshun-san hendak menerangkan dari mana asalnya nama Ninja Kunaharo itu. Kalau tidak, pasti Oshun-san akan dicantas oleh ninja-ninja empat orang tu... bukan boleh harap dia orang tu. Tunjuk baik kat orang lain tapi kat Oshun-san, ganas ooo...

1. Ninja, berasal dari perkataan Jepun... gegegegegegege... nak kena Oshun-san ni. Serius... serius.

2. Kunaharo adalah satu nama yang unik. Tidak ada tempat di negara Matahari Terbit itu yang bernama Kunaharo, namun, nama Kunaharo kedengaran seperti nama pekan, daerah, sungai atau negeri di Jepun.
Kunaharo adalah gabungan. Gabungan apa... mana boleh cakap! Kalau cakap, habislah ceritanya. Dah tak ada saspens lagi dah. Jadi... biarlah rahsia.
3. Lelaki tua berambut dan berjanggut putih panjang berjela itu belum Oshun-san beri nama kerana sememangnya, Oshun-san tak ada nama untuk dia. Ada cadangan?

4. Koji - nama kucing lelaki tua itu. Nama Koji diilhamkan dari nama kenalan Anney Konichiwa semasa dia bekerja di hotel suatu masa dahulu. Nama lelaki Jepun itu ialah Koji Takai. Jadi, semasa Oshun-san mencari-cari nama yang sesuai untuk kucing hitam tersebut, Oshun-san teringatkan kawan-kawan Jepun Oshun-san. Misa Yamano kata, jangan guna nama dia kecuali kalau watak itu cantik bagai bidadari... alamak... nasib baik Misa-san cantik seperti bidadari. Kalau tidak, mesti kena gelak dengan Ninja Kunaharo.

5. Hafiz - nama orang Melayu yang senang Oshun-san ingat. Tapi, sekali-sekala tersasul juga menjadi 'Ajak' (rujuk: NK: MKP mukasurat 53... gegegegege).
6. Uditya - berasal dari nama Udit Narayan, penyanyi Bollywood yang sering menjadi suara Shah Rukh Khan apabila King Khan menyanyi. Sebab itulah Oshun-san pilih nama tu.
7. May - nama orang Cina yang senang Oshun-san ingat.

8. Riana - Oshun-san putarbelitkan nama Raina, nama yang Anney Konichiwa panggil Oshun-san masa zaman bercinta dolu-dolu.
9. Ibu bapa budak-budak di atas - tak ada maksud apa-apa kepada Oshun-san.

10. Cikgu Mat Pencen - ayahanda Oshun-san.

11. Cikgu Badariah - bonda Oshun-san.

12. Wak Leman - pak sedara Oshun-san.
13. Wak Jarien - guru mengaji Oshun-san.
14. Pak Zahari - Ayah We Oshun-san. Salam Ayah We. Mansor buat apa sekarang?

15. Lai Ming - kawan ayahanda Oshun-san

16. Singgam - jiran nenek Oshun-san. Masa Oshun-san kecil-kecil dulu, mencicit lari kena kejar dengan Singgam ni... sabar saja aku!!!

17. Cikgu Shamsuri dan Cikgu Rosli - cikgu bujang yang berjiran dengan ayah bonda Oshun San dulu... gegegegegege

18. Cikgu Vijay dan Cikgu Azizi - cikgu Bahasa Inggeris Oshun-san di Sekolah Menengah Sultan Abdullah, Chenderong Balai dulu. Hensem dia orang berdua tu... huhu.
19. Nama anak dan cucu Cikgu Mat Pencen - nama adik-adik dan anak-anak saudara Oshun-san.

20. Tuk Sidang Salim - ketua kampung Langkap dulu dan juga abang sepupu Oshun-san. Abang Yang... jangan marah ya...

21. Cif/Inspektor Saumah - sahabat sejak di bangku sekolah rendah Oshun-san.

22. Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap - guru-guru Oshun-san semasa di sekolah rendah dulu. Ada yang masih lagi mengajar di sana.

Siapa lagi, ya? Nanti Oshun-san fikirkan.
Lokasi latarbelakang novel itu, Oshun-san pilih kampung halaman sendiri. Senang cerita. Tak payah nak fikir-fikir dah atau nak reka-reka. Sekarang, otak Oshun-san merampus-rampus nak berehat. Baik Oshun-san dengar sebelum dia mogok!
Oshun-san minta diri dulu. Lain kali kita jumpa lagi. Hait.

Mushi... Mushi... Bermulanya Ninja Kunaharo

Tahun lepas, tahun 2006... selepas Oshun-san selesai menyudahkan karya AK, Oshun-san mulalah mengintai-intai rumah penerbitan untuk Oshun-san ngurat. Orang kata, dah rezeki, Oshun-san terbaca dalam Berita Harian mengenai penulis tersohor Aina Emir yang menulis untuk KarnaDya Solutions Sdn Bhd.
Puaslah Oshun-san mencari laman web KarnaDya, tak jumpa-jumpa juga. Tetapi, dah rezeki sekali lagi, Oshun-san jumpa laman web lama KarnaDya dan juga blog Aina Emir. Jadi, dengan muka tak malu, Oshun-san menulis kepada Kak Aina.
Kak Aina kata, mereka memang menerima mss kanak-kanak. Jadi, dia suruh Oshun-san menulis dan Oshun-san pun menulis.
Kebetulan, ketika itu hari raya hampir menjelang dan Oshun-san dan Anney Konichiwa hendak ke Malaysia menyambut lebaran bersama-sama kaum keluarga Oshun-san. Maka, Oshun-san tangguh dahulu menyiapkan novel untuk KarnaDya.
Apabila kembali ke negara kangaroo yang sepi ini, Oshun-san lihat ada emel daripada Kak Aina. Soalannya pendek sahaja. Mana dia manuskrip tu?
Jadi, Oshun-san pun pulun menyiapkan novel Ninja Kunaharo dan terus hantar kepada Encik Fadhli Jamal.
Fuh! Lega apabila Mr FJ tu terima mss Oshun-san.

Mushi... mushi... Hait!

Blog NK lama Oshun-san tutup kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat Oshun-san (tidak tahu sebenarnya) perbaiki. Jadi, inilah blog NK yang terbaru, harap akan beri nafas yang lebih wangi lagi...